Program PeDAS TOT (Branding & Creative Content)
7 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniProgram Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) Train of Trainer (ToT) adalah satu program anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan ekonomi digital khususnya di kawasan-kawasan luar bandar di Malaysia.
Pada 6 Julai 2020 (Isnin), sesi keenam latihan/kelas telah dilaksanakan secara online melalui Aplikasi ZOOM yang mana melibatkan 37 penyertaan dari Pusat internet Desa (PiD) dan Pusat Internet (Pi). Tajuk pada sesi ini adalah Branding & Creative Content. Segala input daripada program ini akan disampaikan kepada komuniti setempat sejajar dengan usaha melahirkan usahawan yang berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: